20170124

Musim yang baik untuk kita mulakan masa depan



Ini real comeback atau permulaan bagi satu tahap yang baru? Seperti Manylisme, Metakri juga sudah tidak releven lagi untuk aku menulis catat perihal kehidupan; aku kira musim ini adalah musim terbaik untuk aku keluar dari lingkungan yang tidak sihat dan kembali mempercayai akan kewujudan masa depan. Oleh itu, kopi perlu dibancuh dengan lebih pekat lagi! Lupakan kek keju. Bak kata Bertrand Russell dalam buku Bertuhan Tanpa Agama, 'Karena manusia bergerak ke depan, segala yang baik tidak lagi baik'. Boleh jadi aku sangat menggemari kek keju pada suatu masa dahulu, sayangnya aku hidup di garis masa - menjadikan kek keju hilang magis dan aku hilang takjub.

Bagaimana kebanyakkan orang memulakan sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini?
Apa agaknya yang difikirkan oleh Adinatagus pada hari beliau putuskan untuk menjadi seorang pemuisi? Seberapa kerap Mitch Albom tekan butang backspace menggunakan jari manisnya sebelum terhasil berjudul-judul buku yang bagus? Bagaimana Alepfgz mulakan penulisan yang kekal konsisten dalam catatan mingguannya? Adakah ilham itu datang seperti buah epal yang jatuh tertimpa di kepala Isaac Newton, yang kemudian cepat-cepat beliau berlari kesurupan?

Aku akui ketakutan telah menguasai aku dalam banyak hal. Selain kegagalan dan kematian, rasa takut akan sesuatu perkara yang tidak tahu juga merupakan salah satu daripada ketakutan terbesar manusia. Contoh sedarhana iaitu kegelapan. Apabila berada dalam suatu tempat yang gelap, situasi menjadi tidak jelas. Karena ketidakjelasan inilah banyak orang berhenti dan hanya mengambil hal-hal yang jelas sahaja.

Cinta.

Kau tahu magis cinta telah menggerakkan manusia pertama untuk menyeberangi arktik tundra dari Siberia ke Alaska pada suhu -60 darjah meninggalkan kawan yang lain di Savannah Afrika Timur. James Altucher ada menulis perihal ini dalam 10 teknik memulakan sesuatu perkara yang baru. Barangkali inilah yang ada di fikiran Adinata, Mitch dan Alep - mereka lakukan kerana cinta! Aku perlu bercinta!

Jadi, musim ini akan lebih meriah. Masih dengan buku-buku, dengan puisi songsang, juga musik luar akal. Bedanya adalah cara berfikir dan pertambahan umurku yang membuatkan kebebasan berdikit-dikit mendakapku. Kehadiran Abu pula sudah tentu akan menggamatkan lagi hari-hari aku. Perihal berjalan kaki adalah aktiviti kegemaranku merupa mentera yang sering disebut-sebut. Gunung, laut, tanah, matahari. Ahh terima kasih untuk musim ini! Kenalkan, aku Mai. Mai Radhiallah. Perempuan yang dilewatkan kewanitaannya. Adios!

2 ulasan:

Featured Post

Musim yang baik untuk kita mulakan masa depan

Ini real comeback atau permulaan bagi satu tahap yang baru? Seperti Manylisme, Metakri juga sudah tidak releven lagi untuk aku menulis cat...